Malaysian WTF Issue

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali.

PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.

Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.



READMORE
 

Aeril Zafril, Wawa Zainal Mengaku Sudah Berkahwin Februari Lalu

Sekarang ini sedang berlangsung sidang media khas di Neo Damansara berkaitan isu Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang di’katakan sudah bernikah oleh sebuah akhbar hujung minggu lalu.

Pengakuan awal dari Aeril Zafrel dan Wawa Zainal petang ini mengejutkan semua pihak kerana mereka mengakui sudah bernikah kali pertama pada 25 Februari 2012 dan kali kedua pada 5 Februari 2013.

Pasangan ini turut mengakui kebenaran laporan akhbar hujung minggu lalu tentang kelahiran anak mereka selain menyebut David Teo sebagai punca penyebaran berita ini. Hmm.

Developing…










READMORE
 

Cute : Mari Lihat Perubahan Fesyen Rambut Taylor Swift (10 Gambar)

Mari Lihat Perubahan Fesyen Rambut Taylor Swift.
Walau apa fesyen sekalipun, Taylor Swift tetap the swiftest beauty of all..memang tetap menawan.

















READMORE
 

WTF : Rambut Artis Kpop Big Bang - G Dragon Yang Pinky Di Paris (8 Gambar)

Rambut Artis Kpop Big Bang - G Dragon Yang Pinky Di Paris.

G Dragon telah menukar stail rambut ke warna pinky semasa menyertai Men's Fashion Week di Paris. First time aku kenal dia semasa dia jejak kaki masuk running man.. Oh Running mannnn









READMORE
 

WTF : JETPACK AKAN MULA DIJUAL TAHUN HADAPAN DENGAN HARGA RM 484,000 SEBUAH (7 Gambar)

Sebuah kenderaan hebat yang membolehkan penggunanya terbang menggunakan roket yang diikat di belakang badan dijangka bakal berada di pasaran tahun depan.


Kenderaan yang dikenali sebagai jetpack dikeluarkan syarikat Martin Aircraft Company (Martin) itu dijangka dijual dengan harga RM484,000 sebuah.

Kini, kenderaan itu sedang berada dalam tempoh pembangunan dan ujian sejak 2006.

Syarikat Martin percaya Jetpack ciptaan mereka merupakan jetpack yang paling dinanti-nantikan kerana keupayaan terbang yang lebih lama dan mampu mencapai altitud lebih tinggi.

Biasanya jetpack hanya mampu terbang selama 15 minit sebelum bahan api yang digunakan habis. Jetpack keluaran Martin ini mampu terbang setinggi 900 meter dan memecut sehingga 74 km sejam dan berada di udara selama 30 minit.

Sasaran syarikat Martin ialah untuk jetpack ciptaan mereka akan digunakan pada misi mencari dan menyelamat ketika kebakaran dan juga boleh digunakan untuk tujuan rekreasi.

Bagi memastikan keselamatan penggunanya, setiap jetpack dilengkapi sistem payung terjunnya sendiri.

Nama jetpack mula muncul dalam beberapa cereka fiksyen sekitar tahun 1920-an. Watak superhero terkenal seperti Rocketman menggunakan enjit jet galas untuk menentang musuh.

Ia menjadi kenyataan apabila pertama kali muncul dalam filem James Bond pada tahun 1960-an.

READMORE
 

WTF : Ahli Tinju 15 Tahun Dari Vietnam Bakal Memikat Jutaan Lelaki (10 Gambar)

Ahli Tinju 15 Tahun Dari Vietnam Bakal Memikat Jutaan Lelaki.

Tran Thi Kim Ngan dari Vietnam yang kini baru berusi 15 tahun telah menjalankan latihan tinju secara professional sejak 9 tahun yang lepas. Dia juga dikatakan satu-satunya ahli tinju wanita yang paling cantik di Vietnam. Selain tinju, Tran juga pandai dalam menari, yoga dan berenang. Setakat ini, dia telah dinobatkan Miss Sports pada 2010 dan juga pernah mewakili negara dalam renang dan aerobik.

#This is VIETNAM, NOT KOREA!








READMORE